Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free atau nama ringkasnya SMK Penang Free, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Masjid Negeri.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free memiliki 1077 pelajar lelaki dan 77 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1154 orang. Ia mempunyai seramai 124 orang guru.2009

Penang Free School ialah sebuah sekolah menengah yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia. Diasaskan pada tahun 1816, ia adalah sekolah bahasa Inggeris yang pertama dan tertua di wilayah Asia Tenggara.
Isi kandungan

1 Alamat
2 Sejarah
3 Pembukaan Rasmi Penang Free School
4 Semasa Perang Dunia ke 2
5 Selepas Merdeka
6 Pengetua
7 Alumni terkenal
8 Rujukan

Alamat

Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free
Jalan Masjid Negeri
11600, Georgetown
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6042815814
Fax = 6042817737

Sejarah

Penubuhan Penang Free School bermula daripada cadangan untuk pembinaan sekolah di Prince of Wales Island oleh Reverend Sparke Hutchings, paderi penempatan di situ. Guru besar pertamanya James Cox 1816-1821, dengan tapak asalnya di Jalan Farquhar mula-mulanya menempatkan Sekolah Hutchings, tetapi kini merupakan Muzium Negeri Pulau Pinang. Pada tahun 1928, sekolah ini berpindah ke lokasi kini di Jalan Masjid Negeri (lebih dikenali sebagai Greenlane).

Petikan daripada piagam asal: “Bahawa tujuan pertama Institusi ialah untuk memberikan pendidikan kepada kanak-kanak yang kalau tidak, akan dibesarkan secara duduk-duduk sahaja dan mengakibatkan tabiat buruk tanpa cara mendapatkan sebarang ajaran, baik dalam pembelajaran berguna mahupun sebarang kerja kasar, dan untuk menanam tabiat-tabiat awal terhadap kerajinan, disiplin, dan kelakuan baik.” — daripada “Rancangan Asal Penubuhan Free School, Pulau Prince of Wales, 1816”.

Satu badan jawatankuasa ditubuhkan dan dianggotai oleh yang berikut: Rev. R. S. Hutchings, R. Ibbetson Esq., Capt. J. M. Coombs, J. MacInness Esq., J. Carnegy Esq., D. Brown Esq. and R. Caunter Esq. Dalam satu kutipan yang di adakan sejumlah $10, 867 dikumpulkan antara 1816 hingga 1824. Sebagai tambahan , pihak Gabenor, bagi pihak Syarikat India Timur – (East India Company), memberikan sumbangan $1,500, bayaran bulanan $200, dan sekeping tanah dikenali sebagai Church Square, sebagai tapak penubuhan bangunan sekolah. . Sekolah Penang Free merupakan sekolah Inggeris yang pertama didirikan di Tanah Melayu dan juga di Asia Tenggara.
Pembukaan Rasmi Penang Free School

Penang Free School dibuka dengan rasminya pada 21 Oktober 1816 di sebuah rumah yang disewa di Love Lane. Penang Free School berpindah kepada bangunan kepunyaanya sendiri pada tahun 1821. Perkataan ‘Free’ Percuma pada nama Penang Free School merujuk kepada kebebasan untuk semua bangsa untuk masuk dan bukannya merujuk kepada pelajaran percuma seperti yang dilakukan oleh Malacca Free School (kini Sekolah Tinggi Melaka).

Pada 1924 pembinaan bangunan baru Penang Free School di tapak 30 ekar di Green Lane bermula dan siap pada tahun 9 Januari 1925.
Semasa Perang Dunia ke 2

Ketika Peperangan Dunia ke 2, Penang Free School pernah digunakan sebagai ibu pejabat Tentera Pembebasan Kebangsaan India – (Indian National Liberation Army).
Selepas Merdeka

Apabila Malaysia mengistiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Penang Free School perlu mematuhi Ordinan Pelajaran 1957 dan Polisi Pendidikan Negara. Penang Free School tidak lagi ditakbir oleh Gabenor tetapi oleh Board of Governors. Bangunan sekolah Penang Free School kekal menjadi milik Kerajaan.